Sunday, July 6, 2008

SURAU OH SURAU DIHOTEL FLAMINGO



Assalamualaikum wbt

Pada malam 05.07.08 Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia (NGO)telah mengadakan program "Majlis Makan Malam Kasih Senandung Budi" yang diresmikan oleh YAB Menteri Besar Selangor dan beberapa orang YB dari Negeri Selangor turut bersama sama pada majlis tersebut.

Dimaklumkan bahawa pekerja-pekerja yang beragama Islam hampir 70% tapi suraunya atau tempat solatnya cuma muat 3 orang untuk berjemaah,cubalah bayangkan pada malam tersebut kira kira 40 orang hadir untuk solat maghrib dalam satu masa.

Wahai tuan punya Hotel fahamilah perasaan ummat Islam yang bekerja dihotel atau program yang mana kami ummat Islam buat dihotel mahu menunaikan solat jika tempat solat (Lihat gambar) dan dibawah tempat parking lagi kecil saolah-olah menghina Agama Islam.

Wahai YAB Menteri Besar Selangor dan Ahli Parlimen Ampang serta YB yang ada pada malam tersebut tolonglah buat sesuatu atau boikot sahaja Hotel Flamingo kerana tidak menghormati Islam dan kami tidak berminat lagi pergi ke Hotel yang biadab dan tidak peka dengan masyarakat Islam.

Dalam bulan September nanti ummat Islam akan menjalankan ibadat puasa dan kepada PENGEUSAHA HOTEL YANG BIADAB DAN TIDAK MAHU MENGHORMATI UMMAT ISLAM dengan tidak mengikuti hukum hukum syarak dalam bidang perhotelan mereka maka PPPIS cadangkan tak perlu lagi kita ummat Islam membuat program (berbuka puasa)dihotel ,kasihan kapada ummat Islam selalu tertipu dan tidak mendapat keberkatan dari dulu lagi .Olih itu sama samalah kita fikirkan untuk kebaikan ummat.

1 comment:

Anonymous said...

SEKARANG SUDAH DAPAT JAWATAN WALAUPUN TERPAKSA GUNA NAMA PPIM, TAPI TAK APA, ITU PERKARA BIASAKLA...

KINI MEMANG TUGAS ENGKAU LA AZIZ UTK BUKTIKAN KEMAMPUAN. JANGAN HADIR MESYUARAT TAPI GARU KEPALA ATAU SETAKAT TEPUK DAHI DAN KIRA DUIT ELAUN MESYUARAT DAH LA...