Thursday, January 31, 2008

SURAU YANG DITINGGALKAN SEPI SERTA DIABAIKAN


















Surau ini terletak di jalan keluar Toll Plaza Temerloh. Lebuhraya Kuantan KL - KL Kuantan.

Rapid KL/STAR Persenda Umat Islam

berita@kosmo.com.my
Mohd Zaini Samsuhadi dan Suhana Veru

Kosmo 31/01/08 MS14

PPIM Bahagian Syariah mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Kosmo/LRT kerana begitu perihatin terhadap pengguna-pengguna yang selalu menggunakan LRT.

PPIM BS terpanggil untuk berkongsi maklumat bersama kerana tahu lepas kami PPIM ada memaklumkan kepada Kosmo dan LRT tentang perlunya tandas dab bilek solat di stesen LRT tapi tidak ada berita hingga sekaraang.

PPIM memandang berat kerana tidak adanya bilek solat bagi keselesaan dan kemudahan pengguna -pengguna , janganlah pihak LRT hanya memandangkan keuntungan semata mata sahaja daripada keberkatan yang beterusan.

PPIM menyeru kepada pihak LRT ,Kementerian Pengangkutan dan pihak-pihak yang berwajib dapat mengambil kira tentang aduan-aduan pengguna agar dapat terus menggunakan LRT bagi kemudahan pengguna.


Pengarah,
Hal Ehwal Islam dan Masyarakat,
Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Abdul Aziz Ismail 013-2454559

MURID KERACUNAN MAKAN DIKANTIN SEKOLAH

kamilah.mustapha@kosmo.com.my

MS6 Kosmo 31/01/08

PPIM Bahagian Syariah mengucapkan syabas dan terima kasih diatas keperihatianan semua pihak tentang keracunan makanan dikantin sekolah pada dewasa ini yang telah bermaharajalela diMalaysia.

Dalam bulan Januari sahaja kita dapati diTrengganu,Pahang ,Kedah dan yang terbaru diNegeri Sembilan telah mendapat keracunan makanan dikantin sekolah .

Didalam tinjauan dan siasatan kami PPIM baru-baru ini diSMK dan SRK diSelangor terdapat beberapa kelemahan diperingkat sekolah dan kantin mengendalikan kantin perlu dipantau dan dipertingkatkan demi keselamatan pelajar-pelajar.

PPIM memandang serius dalam hal ini dan mohon Kementerian Pendidikan/Majlis Guru-guru Besar supaya memantau dan mengembalikan keyakinan Ibu/bapa tentang keselamatan makanan dikantin sekolah.

PPIM sedia memberikan kerjasama dengan mana-mana pihak terutamanya tentang SOP dan bahan-bahan makanan yang halal lagi baik untuk disediakan kepada pelajar-pelajar sekolah dan pada tahu lalu PPIM telah bincangkan dengan pihak JAPIM .

Marilah kita renongkan diatas musibah yang telah menimpa pelajar-pelajar kita dari masa kemasa,sehingga sekarang tentang keracunan demi keracunan tetap berlaku dikantin sekolah,wahai ibubapa, kita juga perlu perihatin tentang makanan/minuman bagi anak-anak kita daripada terus menerima nasib yang sama.

Kementeria Pendidikan perlulah melakukan sesuatu demi masa depan pelajar-pelajar kita supaya mendapat bekalan makanan/minuman yang halal lagi baik janganlah siasatan demi siasatan daripada pihak Kementerian tapi bagaimana keracunan terus bermaharajalela melanda kantin sekolah diMalaysia.

Pengarah,
Hal Ehwal Islam dan Masyarakat,
Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Abdul Aziz Ismail 013-2454559

PRODUK LABEL PALSU

KOSMO 31/01/08 MS2

samsuhadi@kosmo.com.my

PPIM Bahagian Syariah mengucapkan syabas dan terima kasih diatas keperihatinan pihak Kementerian Kesihatan Daerah Petaling yang diketui olih Dr Ismail Lasa dalam operasi "Ops Shu" untuk membantu pengguna-pengguna terutama dalam makanan kanak-kanak sedang dijual sesuka hati dipasaran.

Kebanjiran produk-produk makanan dari Luar Negara yang tidak disahkan olih mana-mana pihak yang berwajib menjadi salah satu sebab beraninya penjual-penjual terus menipu pengguna tentang kehalalan dan baiknya isi kandungannya.

Penipuan Logo/Lebel kandungan barangan makanan yang dijual sekarang PPIM menyeru dan merayu kepada pengguna-penggunna agar memastikan dan memeriksa dengan telili barangan yang dibeli benar-benar mempunyai Logo/Lebel yang disahkan olih pihak JAKIM .

PPIM mohon jasa baik pihak Kementerian Kesihatan/JAKIM/KPDNHEP dan PBT supaya memantau bersama untuk menentukan pengguna-pengguna tidak terus tertipu dan tertekan dengan tipudaya mereka.

Kami PPIM sudah lama menerima aduan tentang penipuan Logo/Lebal palsu dipasaran tapi hingga sekarang tidak ada tindakan yang berterusan serta tidak memberikan kesedaran kapada mereka tidak dilaksanakan.

Kami PPIM menggesa kepada pihak yang berwajib terus membuat pantauan dan tindakan yang tegas serta proaktif bagi menjaga dan menjamin keselamatan pengguna.

Pengarah,
Hal Ehwal Islam dan Masyarakat,
Pesatuan Pengguna Islam Malaysia,

Abdul Aziz Ismail 013-2454559