Saturday, July 26, 2008

APA NAK JADI SURAU-SURAU .......NEGARA ISLAM


Assalamualaikum wbt

Sungguh malang buat pengguna-pengguna Islam hari ini dari hotel hingga ke tempat membelibelah , surau disediakan tapi sungguh menyedehkan untuk ummat Islam untuk solat kalaulah tempat solatnya baik lagi tempat binatang.

Pengaduan demi pengaduan sudah dilakukan tapi tidak ada tindakan langsung dari pihak-pihak PBT,Politik dan Pemajunya mereka menganggapkan Islam tu tak penting ,yang penting adalah perniagaan mereka berjaya walaupun pengguna mereka adalah orang Islam.

Apalah nasib orang Islam hari ini dan akan datang jika soal solat dan Islam dihinakan ditempat sendiri , sama-samalah kita tunggu bala dan musibah dari Allah SWT atas perbuatan umat Islam sendiri.

Wahai ummat Islam yang diamanahkan ...........renonglah.....dan buatlah sesuatu demi kebaikan bersama

Thursday, July 24, 2008

BERSAMA MENCARI KEBERKATAN ALLAH SWT


Assalamualaikum wbt

"Kebahgian didunia dan kebahgian diakhirat" adalah menjadi cita-cita dan tujuan untuk hidup dengan menurut semua perintah dan takwa kapada Allah SWT .

Didalam kesibukan tentang makanan halal dan haram untuk didedahkan kepada masyarakat, PPPIS juga berpeluang untuk bertallaqi dan bermusafahah al-Quran kepada masyarakat yang berminat dan menghayati disamping membaiki bacaan al-Quran serta mengulang kaji dan membacanya untuk mendapatkan keberkatan hidup.


Monday, July 21, 2008

PROGRAM UPGRADE SOLAT ....MAKANAN HALAL HARAM KEPADA PELAJAR



Assalamualaikum wbt

PIBG dan pelajar-pelajar Sek Men Taman Maluri,Kg Pandan KL telah mengadakan program yang baik dan berguna bagi pelajar-pelajar didalam akidah dan amalan harian mereka serta tentang makanan yang halal haram .

PPPIS bersama Pengerusi PIBG dan AJKnya sangat berharap kepada mana-mana PIBG dapat meneruskan program kepada pelajar-pelajar mereka disamping mendedahkan pemakanan halal dan haram demi membetuk aklak , kerana dengan makananlah penyumbang kepada keruntuhan aklak pelajar-pelajar.

Friday, July 18, 2008

HEBATNYA TABUNG HAJI.....KEBERKATAN BUAT BAKAL HAJI/HAJJAH




Assalamualaikum wbt

Wahai pencarum-pencarum TH yang masih beramanah dan terus percaya kapada TH tapi apa yang TH telah lakukan kebelakangan ini amatlah memalukan dan tidak beramanah dengan pencarum-pencarumnya.

Difahamkan pengurusan TH telah melabur dan menggunakan wang pencarum untuk pelaburan membantu Syarikat Yahudi (Silver Bird),oleh itu kepada pencarum-pencarum yang ada diTH perlulah fikirkan dan renungkan kemana lagi kami nak simpan wang kami untuk pergi Mekkah jika TH masih membantu Yahudi ,apa kata kami mula simpan kat Bank Rakyat.

Kami berharap kepada pengurusan TH insaf dan faham akan perasaan kami pencarum diTH tidak mahu bersubahat untuk menghancurkan Islam,sama-samalah kami mencari kebaikan dan keredoaan Allah SWT dan jika perlu kami mahukan TH yang baru dan tidak melaburkan wang kami ditempat yang salah.

Pengurusan TH perlulah mengkaji samula satiap pelaburan yang dilaburkan agar mendapat keberkatan dari Allah SWT bukannya ada kepentingan mana-mana pihak,kami tak izinkan wang kami dilaburkan sasuka hati pihak TH, ingat amanah dan ummah........wahai TH

Subhanallah.....apa dah jagi dgn tong sampah


Assalamualaikum wbt


"Kebersehan amat dituntut dalam Islam"


Sama-samalah kita penduduk diPangsapuri Intan merayu kepada pengurusan yang baru agar tong sampah digantikan dengan yang baru kerana yang ada sekarang sangat mendukacitakan.


Difahamkan tong sampah tersebut berdekatan dengan Surau dan bau yang busuk tidak selesa untuk berjemaah .

Sunday, July 13, 2008

Betapa ISLAM DIHINA ......tapi pengguna Islam tetap menyokong


Assalamualaikum wbt

SOKONG JANGAN TAK SOKONG
Nanti kita sama-sama mencari tentang hukumnya apabila kita dengan sengaja menyokong orang yang menghina,menghancurkan Islam serta bersekongkol dengan musuh Islam - SubhanaAllah.

Hinanya Agama Islam apabila Pengguna Islam berkunjung kehotel-hotel diMalaysia (tidak semua) tapi yang jelas apabila kita ingin bersolat kita dapati SURAUnya sama dengan reban ayam dan bertempat dibawah tangga atau tempat letak kereta (Hotel Flamingo).

Cuba lihat pula Pengguna-pengguna Islam yang terus menerus berkunjung kePasa Raya,Pasar Besar dan macam-macam pasar .PPPIS difahamkan bahawa kuasa pembeli adalah terletak kepada kita (Pengguna Islam) dan kita perlu tanya diri kita, sampai bila kita terus akan dipermainkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ataupun cuma kita tunggu dan lihat sahaje ke? (biarle,takapalah,sikit dll).Lakukanlah sesuatu.....wahai Pengguna Islam sekalipun dalam hati atau berdoa.

Dalam gambar ini adalah satu permandangan tempat solat (surau) yang terdapat disabuah Pasar Raya diBelakong (Econsave ) dengan jelasnya mereka ini tidak menghormati Islam samaada kepada Pengguna Islam dan Pekerja Islam disitu serta sangat biadab.

PPPIS memandang serius tentang perlunya Surau bagi Pengguna Islam sama ada diHotel ataupun diPasar-pasar Raya dan berharap kepada Pengguna Islam memulaukan atau memboikot kepada mereka-mereka yang memang biadab dengan Islam.

Sayugia diingatkan kepada pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan
janganlah mengundang musibah atau bala dari Allah SWT dengan mempermainkan Agama Islam......cukuplah yang kita telah terima demi kesejahteraan ummah dengan tolonglah ambil tindakan.

Saturday, July 12, 2008

GERAI OH GERAI MANA LETRIKNYA....MPKJ

Assalamualaikum wbt

Nama sudah ada dalam senarai bagi mendapatkan gerai diBeranang tapi nak pindah malangnya tak ada letrik, wahai MPKJ tolonglah kami walau macam mana pun kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor khasnya Majlis Daerah Kajang kerana perihatin kepada kami peniaga-peniaga kecil diBeranang yang telah membenakan gerai-gerai yang semperna dan kemas dengan kadar sewa dari RM250 kepada RM50 .

Kami berharap kepada pihak yang bertanggungjawab (Kerajaan Negeri Selangor)untuk meneruskan agenda kebajikan dan memantau serta menyokong kami (peniaga-peniaga kecil).

Friday, July 11, 2008

GERAI-GERAI DIBERANANG TIADA LETRIK

Assalamualaikum wbt

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor khususnya Majlis Daerah Kajang kerana perihatin kepada kami peniaga-peniaga kechil diBeranang dan membinakan gerai-gerai yang sempurna dan kemas dengan kadar sewa dari RM250 kepada RM50.

Kami berharap pihak yang bertanggungjawab meneruskan agenda kebajikan dan memantau serta menyokong kami peniaga-peniaga kecil

Monday, July 7, 2008

Keracunan Makanan diKantin Sekolah


Assalamualaikum wbt

Keracunan makanan yang berlaku dikantin-kantin sekolah sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah diMalaysia bagitu membingkan kita terutama keselamatan tentang makanan pelajar-pelajar kita.

Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan telah mengwujudkan Jawatan Khas bagi memantau makanan halal dan haram dikantin sekolah-sekolah tapi apa yang membingkan kita ,masih terdapat lagi pengusaha kantin yang masih berdegil tentang kebersehan dan operatornya masih tidak mengikut peraturan yang diminta oleh pihak Jabatan Kesihatan (lihat gambar).

PPPIS berharap kepada pihak-pihak Kementerian dan Jabatan yang dipertanggungjawabkan dalam pemakanan halal dan haram,tolonglah dan bantulah untuk mempertingkatkan lagi usaha kita memantau serta membantu keracunan makanan yang tidak ada titik tolaknya.

Sunday, July 6, 2008

SURAU OH SURAU DIHOTEL FLAMINGO



Assalamualaikum wbt

Pada malam 05.07.08 Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia (NGO)telah mengadakan program "Majlis Makan Malam Kasih Senandung Budi" yang diresmikan oleh YAB Menteri Besar Selangor dan beberapa orang YB dari Negeri Selangor turut bersama sama pada majlis tersebut.

Dimaklumkan bahawa pekerja-pekerja yang beragama Islam hampir 70% tapi suraunya atau tempat solatnya cuma muat 3 orang untuk berjemaah,cubalah bayangkan pada malam tersebut kira kira 40 orang hadir untuk solat maghrib dalam satu masa.

Wahai tuan punya Hotel fahamilah perasaan ummat Islam yang bekerja dihotel atau program yang mana kami ummat Islam buat dihotel mahu menunaikan solat jika tempat solat (Lihat gambar) dan dibawah tempat parking lagi kecil saolah-olah menghina Agama Islam.

Wahai YAB Menteri Besar Selangor dan Ahli Parlimen Ampang serta YB yang ada pada malam tersebut tolonglah buat sesuatu atau boikot sahaja Hotel Flamingo kerana tidak menghormati Islam dan kami tidak berminat lagi pergi ke Hotel yang biadab dan tidak peka dengan masyarakat Islam.

Dalam bulan September nanti ummat Islam akan menjalankan ibadat puasa dan kepada PENGEUSAHA HOTEL YANG BIADAB DAN TIDAK MAHU MENGHORMATI UMMAT ISLAM dengan tidak mengikuti hukum hukum syarak dalam bidang perhotelan mereka maka PPPIS cadangkan tak perlu lagi kita ummat Islam membuat program (berbuka puasa)dihotel ,kasihan kapada ummat Islam selalu tertipu dan tidak mendapat keberkatan dari dulu lagi .Olih itu sama samalah kita fikirkan untuk kebaikan ummat.

MEMELUK AGAMA ISLAM DIBINTULU



Assalamualaikum

Baru baru ini PPPIS ,sempat bersama sama warga kampung Sg Penan diBintulu didalam program dakwah dikalangan orang Islam dan bukan Islam, syabas kepada pihak-pihak yang terlibat kerana telah berjaya mengIslam masyarakat bukan Islam samoga usaha kalian mendapat keberkatan dari Allah SWT dan sama sama lah kita melibatkan diri dalam agenda ummah kerana Allah, terutama tentang makanan halal dan haram diMalaysia

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLIH BUKAN ISLAM



Assalamualaikum

PPPIS merayu kepada semua pengguna Islam supaya sentiasa perihatian dan memantau penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam yang membanjiri pasaran samada berbentuk buku,tulisan,tempat kunci, permainan kanak-kanak dan lain-lain lagi.

Agenda ini adalah sangat memalukan dan meresahkan umat Islam Malaysia tanpa dipantau oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab serta memerlukan kerjasama dan pemantauan bersama masyarakat Islam dan Badan-bandan Bukan Kerajaan (NGO).

PPPIS memandang serius tentang penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam kerana adanya pihak-pihak yang mengambil kesempatan untuk memesongkan akidah masyarakat Islam Malaysia.

Marilah sama-sama kita merenungkan Surah al-Ikhlas "Katakan Allah itu
Maha Esa............................" dan inilah membuktikan bahawa Kalimah Allah itu hanya untuk orang yang beragama Islam sahaja dan kepada pihak-pihak yang diamanahkan menjaga kehormatan dan kesucian Islam bertindaklah untuk kebahgian masyarakat diMalaysia.

Friday, July 4, 2008

Tazkirah Sekolah Menengah Tahfiz Klang


Assalamualaikum wbt

Sama sama kita fikirkan tentang makanan dan minuman yang menjadi kesukaan dan minat anak-anak kita sama ada di sekolah biasa , sekolah tahfiz atau diIPTA dan IPTS ,kita semua tahu dan faham bermula dari makanan dan minuman nanti akan memberikan laluan mudah anak kita akan menjadi keras hati dan penyumbang kepada saksiyah yang tidak baik disamping mengamalkan makanan dan minuman yang haram.

Kita berterima kasih kepada pihak kerajaan yang berusaha untuk pembangunan insan dan dalam masa yang sama adanya pihak-pihak yang
tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mempromosikan aginda mereka disekolah-sekolah dan IPTA dan IPTS dengan membenarkan penjualan makanan dan minuman tidak mengikut garis panduan syarak dan tak hairanlah tidak ada noktahnya kejadian keracunan makanan dikantin-kantin sekolah. Olih itu marilah kita bersama-sama berwaspada dan berhati-hati tentang makanan dan minuman anak-anak kita agar mereka nanti membesar dengan keberkatan Allah SWT serta menjadi insan yang bertaqwa.

Tazkirah Surau al-Muttaqqun USJ12


Assalamualaikum wbt
Marilah sama-sama kita merenongkan ayat Allah iaitu Surah Muhammad ayat 7 "Hai orang-orang yang beriman,jika kamu menolong Agama (Islam) Allah,nescaya Dia (Allah) akan menolong mu dan meneguhkan kedudukan mu". Selama 50 tahun kita telah mencapai kemerdekaan ,berbagai-bagai nikmat yang telah kita nikmati termasuklah makanan tapi kita telah dilalaikan dengan isu makanan (halal dan haram) sehinggakan ada pihak-pihak yg tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan dalam soal halal dan haram serta menggunakan untuk kepentingan urusan perniagaan,olih itu kita sebagai pengguna Islam wajiblah belajar dan mencari jalan bagaimana isu halal ini telah dipergunakan dgn sesukati mereka sahaja.