Sunday, July 6, 2008

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLIH BUKAN ISLAM



Assalamualaikum

PPPIS merayu kepada semua pengguna Islam supaya sentiasa perihatian dan memantau penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam yang membanjiri pasaran samada berbentuk buku,tulisan,tempat kunci, permainan kanak-kanak dan lain-lain lagi.

Agenda ini adalah sangat memalukan dan meresahkan umat Islam Malaysia tanpa dipantau oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab serta memerlukan kerjasama dan pemantauan bersama masyarakat Islam dan Badan-bandan Bukan Kerajaan (NGO).

PPPIS memandang serius tentang penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam kerana adanya pihak-pihak yang mengambil kesempatan untuk memesongkan akidah masyarakat Islam Malaysia.

Marilah sama-sama kita merenungkan Surah al-Ikhlas "Katakan Allah itu
Maha Esa............................" dan inilah membuktikan bahawa Kalimah Allah itu hanya untuk orang yang beragama Islam sahaja dan kepada pihak-pihak yang diamanahkan menjaga kehormatan dan kesucian Islam bertindaklah untuk kebahgian masyarakat diMalaysia.

2 comments:

Anonymous said...

KITA SEMUA TIDAK PERLU HAIRAN KERANA SEKURANG2NYA ORG BUKAN ISLAM CUBA MERAIKAN ORG ISLAM DG MENJUALKAN AYAT2 SUCI AL QURAN SUPAYA ORG ISLAM SERING MENGINGATI KITAB SUCI BERKENAAN.

YANG KITA HERAN APABILA ORG ISLAM SENDIRI BUKAN SAHAJA TIDAK MENGHORMATI AGAMA BERKENAAN TETAPI SEBALIKNYA MEMPERGUNA DAN MEMPERKUDAKAN AGAMA ISLAM DEMI KEPENTINGAN MASING2 TAK KIRALAH AHLI POLITIK KA, BADAN NGO KA, ATAU SEKADAR OPORTUNIS.

Anonymous said...

betui..betui...itu orang bukan Islam kasi promosi free loo. cuma kitaolang marah kalu itu olang bukan Islam talok itu ayat dekat dia punya kedai mau kasi tipu sama orang melayu maa..

nanti olang melayu mali makan dia ingat itu olang malayu punya atau mamak punya kadai woa

tapi aaa, gua pun atak helan jugak kdg2 itu ada olang pakai songkok, itu kadang2 itu olang malayu pun ada mali minum itu bir ka stout ka dekat itu cina ka india ka punya kadai.

malam2 aaa diolang itu budak2 malayu muda2 punya mali 7 eleven beli banyak woo pigi minum sana dapan kadai saja...talak wolang mali tangkap pun..

itu lu olang tolong kasi story sikit bleh maa