Saturday, July 26, 2008

APA NAK JADI SURAU-SURAU .......NEGARA ISLAM


Assalamualaikum wbt

Sungguh malang buat pengguna-pengguna Islam hari ini dari hotel hingga ke tempat membelibelah , surau disediakan tapi sungguh menyedehkan untuk ummat Islam untuk solat kalaulah tempat solatnya baik lagi tempat binatang.

Pengaduan demi pengaduan sudah dilakukan tapi tidak ada tindakan langsung dari pihak-pihak PBT,Politik dan Pemajunya mereka menganggapkan Islam tu tak penting ,yang penting adalah perniagaan mereka berjaya walaupun pengguna mereka adalah orang Islam.

Apalah nasib orang Islam hari ini dan akan datang jika soal solat dan Islam dihinakan ditempat sendiri , sama-samalah kita tunggu bala dan musibah dari Allah SWT atas perbuatan umat Islam sendiri.

Wahai ummat Islam yang diamanahkan ...........renonglah.....dan buatlah sesuatu demi kebaikan bersama

6 comments:

Anonymous said...

SAYA RASA MACAM TERTIPU BILA MEMBACA BLOG INI DENGAN SANGKAAN BAHAWA BLOG INI MENCERITAKAN AKTIVITI YG DIJALANKAN OLEH PPIM. TAPI BILA DIBACA, NAMPAKNYA HANYA INDIVIDU BERNAMA AZIZ ISMAIL INI SAHAJA YANG SYOK SENDIRI.

DENGAN RASA BORING, SAYA LAYARI JUGA SEGALA INTIPATI YG CUBA DIKETENGAHKAN DLM BLOG INI NAMPAKNYA HAMPEH DAN DUPLICATE AKTIVITI PPIM.

SAYA HUBUNGI PPIM UTK MENDAPAT MAKLUMAT LANJUT MENGENAI AZIZ ISMAIL YG KUNUNNYA BERSTATUS USTAZ.

TAPI, DIMAKLUMKAN BAHAWA BELIAU INI TIDAK LAGI BERTUGAS DG PPIM KERANA MEMPUNYAI PERIBADI HIDUNG BELANG..PANTANG NAMPAK WANITA BERDAHI LICIN.

NAMPAKNYA TUAN PUNYA BLOG INI AGAK MERBAHAYA KEPADA PERJUANGAN KERANA BUKAN SAHAJA MEMPERALAT PPIM TETAPI KINI MENUBUHKAN NGO SENDIRI TAPI MASIH MENGHUBUNGKAN BLOG BELIAU DG PPIM.

SELAIN DARI ITU, NAMPAKNYA MACAM ADA YG TIDAK KENA JE DG PERGERAKAN INI. JANGAN TERMASUK KE DALAM SATU LAGI KUMPULAN AJARAN SESAT SUDAHLAH.

Anonymous said...

Pengomen yang pertama tu dilihat berniat tidak baik, dia boring tapi dibacanya nya juga... Apa jenisan manusia yang begini apa yang aku lihat tiada apa salah pon, menyerang peribadi adalah satu sikap manusia yang MUNAFIK yang hanya pandai mencari kesilapan orang lain, sedangkan kesilapan dia langsung tak dilihat... Mungkin pengomen pertama tu adalah kakitangan PPIM yang berdendam dengan En Aziz... Atau pengomen pertama tu ANAK HARAM

Anonymous said...

HERAN JUGA APABILA ADA ORANG YG MEMBELA PENDUSTA, PEMBELIT, DAN PEMBOHONG. APAKAH BUDAYA BOHONG DAN DUSTA TELAH MENJADI ASAS KEPADA PERJUANGAN SEKARANG INI?

KITA LEBIH TAKUT APABILA ORANG MULA MENOPENGKAN SONGKOK, SERBAN DAN AGAMA TETAPI DI DALAMNYA TERSEMBUNYI NAFSU SERAKAH YG MEMBARA MENUNGGU MASA DAN MANGSA YG SESUAI UTK DITERKAM.

TANYAKAN DIRI, TEPUK DADA DAN TUNGGULAH DI PADANG MAHSYAR APABILA ANDA AKAN DITELANJANGKAN DARI TOPENG YG ANDA BAWA SELAMA INI.

APAKAH BEZA DIRI ANDA DARI PADA KAUM KAFIRUN, MALAH ANDA ADALAH LEBIH BAHAYA DARI MEREKA KERANA ANDA BUKAN SAHAJA SESAT TAPI ANDA TURUT BOLEH MENYESATKAN ORANG LAIN, SDGKAN MEREKA YG KUFAR CUMA MEREKA ITU SAHAJA YG SESAT TETAPI TIDAK AKAN MAMPU UTK MENYESATKAN ORG LAIN.

ITULAH SEBABNYA PEMILIK BLOG INI KENA BERMUHASABAH ATAU BERTAUBATLAH.

Anonymous said...

agaknya di akhir zaman ini banyak sungguh org yg akan menjual nama agama utk kepentingan peribadi. nama ustaz, tuan guru, haji dan lebai dah jadi macam tiket utk menghalalkan tindakan yg tidak beretika.

membaca tulisan kat sini sahaja kita semua terperanjat apabila blog yg sepatutnya mengajak kpd kebaikan dipenuhi dg kata nista dan perkataan2 spt anak haram dsbnya.

lagipun, kalau betul pemilik blog ini sudah keluar dr PPIM apa masalahnya sekiranya beliau mengisytiharkan secara terang2. Kemudian jangan lagi menggunakan nama NGO berkenaan. Habis cerita, lepas tu mulakanlah agenda sendiri, tak kira peribadi ka, agama ka sebab di sana kelak Allah akan menghisab kita tanpa sebarang NGO yg akan memberi back up lagi.

kalau songkok atau NGO yg kita pakai untuk kepentingan peribadi, jawablah di sana nanti bukan di blog ini sehingga menimbulkan rasa mual para pencinta agama.

apa istimewanya PPIM kpd sdr aziz sehingga terpaksa menghubungkan diri beliau dg mereka spt hidung yg tak mancung dan pipi tersorong2.

kalau benar sdr ini bagus dan lebih baik dari dato maamor dan kumpulannya silalah buktikan dengan perbuatan dan bukan dg perkataan.

buangkan sahaja nama ppim tu dan teruskanlah dg pppis yg sdg sdr perjuangkan.

selamat berjuang, semoga sdr bukanlah spt yg diperkatakan di sini dan buktikanlah ianya secara gentleman dan jangan gunakan penulis upahan utk menjawab di sini kelak ianya lebih memburukkan imej sdr.

rasanya, bukanlah sdr orgnya yg sanggup menggunakan pelbagai perkataan lucah dan diluar tatasusila islam dlm menjawab tuduhan dlm blog ini.

Anonymous said...

atas nama agama kita berbalah, atas nama Islam kita mencarut dan memaki hamun, atas nama kesucian kita sanggup bertopengkan agama tetapi mengejar dunia.

tidakkah anda semua merasa sedikit takut mengenai azab Allah dan bala yang bakal diturunkan?

Anonymous said...

Bismillahirrahmanirrohim, Assalamualaikum wm.wb.

Izinkan saya memberikan sedikit pandangan peribadi dan cadangan. Harapan saya ia tidak disalah tafsir dan salah terima.

Adalah lebih baik sdr pengendali blog ini menutup sementara blog ini kerana ia tidak mendatangkan sebarang kebaikan tetapi mendatangkan malu dan keaiban kepada kedua2 NGO yg disebut yakni PPIM dan PPPIS.

Saranan saya, tuan hendaklah menyelesaikan segala isu dan kekeliruan ini terlebih dahulu sebelum meneruskan perjuangan. Kerana perkara2 yg disebutkan oleh komen2 di atas perlulah ditangani terlebih dahulu dan adalah tidak bijak dg memanggil mereka yg menghantar komen di sini sbg anak haram dot...do..dot...dsbnya

Banyak cara menyelesaikan sengketa dan biarlah ia diselesaikan dg cara yg berhemah supaya kita tidak dituduh sbg burung kakaktua yg hanya pandai berkata-kata tetapi tidak memahami apa yg sedang diperkatakannya.

wassalam.