Wednesday, February 20, 2008

Keratan Akhbar Harian Metro 20hb Feb 2008

(Sedikit komen dari saya)
Memang banyak yang betul serta nyata dalam keratan Akhbar berikut, tapi cuma satu saja yang pincang dan tak di EXPOSED kan bab bab PEMAKANAN, sering terabai serta tak banyak yang mahu menerangkan pasal PEMAKANAN (HALAL & HARAM) makanan tersebut, ini adalah satu ISU PENYUMBANG kepada akhlak, orang Melayu (Islam) wajarlah jaga makanan kerana salah satu doa ditolak adalah berpunca dari makanan yang kita makan (halal dan haram) wahai bangsa ku sedarlah bahawa kita sekarang sudah tidak memberatkan apakah makanan yang kita makan dan beri makan kepada anak-anak kita sudah pasti halal atau haram , fikir dan renongkan lah anak-anak kita yang disumbat dengan makanan haram sudah tentu tidak menjadi anak-anak yang baik (soleh) malas belajar,malas solat,malas mengaji al-quran dan melawan ibu bapa.

Hati

Kurang doa anak degil


ANAK anugerah Ilahi yang amat berharga. Memiliki anak bermakna dikurniakan amanah yang perlu dijaga dengan penuh rasa tanggungjawab.

Ada kalanya ibu bapa mengeluh apabila anak degil dan tidak mendengar kata.

Bahkan segelintir ibu menangis dan bersedih apabila anak tidak mempedulikannya. Anak derhaka mungkin ada kaitan dengan sikap ibu bapa yang tidak pernah menyebut perkataan yang baik terhadap anak.

Mungkin juga sumpah seranah yang menjadi 'makanan’ anak sejak kecil menyebabkan mereka membesar tanpa restu orang tuanya apabila mereka dewasa.

Perkara berikut mungkin boleh dijadikan iktibar untuk ibu bapa bagi melahirkan anak cemerlang.

- Kurang berdoa.

Ada ibu bapa yang kurang berdoa dan mengerjakan solat. Berdoa antara cara bermunajat dan meminta keampunan Allah supaya dikurniakan anak yang baik serta soleh. Berdoa juga melambangkan pergantungan harapan pada Allah selain berusaha.

Berdoa memohon keampunan daripada Allah dengan beristighfar.

- Suka menakutkan anak daripada memberi semangat pada mereka.

Dalam keadaan tidak sedar, ibu bapa sering menakutkan anak dengan perkara yang mungkin dianggap remeh seperti menakutkan mereka dengan hantu atau suasana malam.

Hakikatnya, anak sepatutnya dibekalkan dengan amalan murni seperti membaca ayat suci al-Quran sebelum tidur dan seumpamanya.

- Tidak tegas dalam mendidik anak.

Mungkin amalan tidak membuat jadual aktiviti harian anak menjadikan mereka kurang disiplin misalnya waktu untuk solat, belajar dan bermain dengan rakan.

Anak sepatutnya diajar dengan ilmu serta fokuskan minda mereka kepada perkara tertentu.

Anak-anak juga memerlukan alatan permainan untuk mengembangkan minda.

- Menegur anak secara negatif.

Anak harus dilatih seperti orang dewasa. Jangan asuh anak dengan nilai negatif.

Jangan kerana anda seorang ketua di pejabat maka cara mengarah anak seperti memberi arahan kepada orang bawahan. Beri arahan secara berhemah.

- Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan minda.

Ramai ibu bapa yang mahu melahirkan anak cemerlang. Namun, mereka perlukan bimbingan daripada pelbagai aspek misalnya cara mengendali masalah dan berdepan dengan masyarakat.

- Kurang memberi sentuhan pada anak.

Ibu bapa mungkin kurang memberi sentuhan kepada anak sedangkan Rasulullah s.a.w sering mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.

Kajian mendapati anak yang kerap disentuh dan dibelai akan menunjukkan kasih sayang serta lebih cemerlang pembelajarannya.

- Penampilan diri yang kurang anggun dan kemas.

Jika mempamerkan sikap selekeh, pasti ia akan ditiru anak. Justeru, tunjukkan contoh yang baik kepada anak.

- Rumah berselerak.

Bukan sahaja suami bosan, malah anak juga tidak selesa dengan persekitaran sedemikian. Ini menyebabkan mereka lebih suka melepak di luar.

- Kurang menghidupkan sunnah.

Amalan baik seperti memberi salam, makan bersama dan beribadah kurang dilaksanakan.

Makan bersama boleh mengeratkan lagi hubungan mesra di kalangan ahli keluarga.

- Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat anak.

Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik satu sunnah tetapi bukan hingga tahap mendera.

- Kurang mendedahkan anak dengan teladan cemerlang.

Anak kurang didedahkan dengan golongan ulama serta mereka yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak juga patut didedahkan dengan solat berjemaah, kuliah agama dan aktiviti bersesuaian dengan akhlak Islam.

- Bertengkar di depan anak.

Ini akan menyebabkan anak rasa tertekan dan membenci ibu bapanya. Menyuarakan perkara tertentu di depan anak atau didengari anak boleh menyebabkan mereka terasa hati, oleh itu berhati-hati.

- Mengawasi persekitaran.

Tidak sesuai membenarkan mereka yang tidak elok sahsiahnya memasuki rumah kerana ia boleh memberi contoh tidak baik pada anak yang sedang membesar.

Harus juga mengawasi rancangan yang ditonton di televisyen.

Usah terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak.

Keratan Akhbar NSTP / BERITA HARIAN




Ayam tak Halal-

AYAM TAK HALAL - HYPER MARKET DISAMAN RM 5juta Malaysia

"HALAL" lagi baik sudah menjadi undang-undang dan peraturan Allah untuk manusia makan dan sentiasa berhati-hati dalam semua tindakan,terutama tentang makanan halal ,"sudah terantuk baru tengadah" itulah nasib malang orang melayu (Islam) diMalaysia apabila cerita tentang makanan (Ayam)

Daging Ayam adalah makanan utama bagi orang melayu (Islam) dan dua jenis racun iaitu "arsenik" dan " beta agonist" didalam kebanyakkan makanan kita , masih tidak ada mana-mana pihak yang hendak membuat kenyataan dalam makanan halal/haram.

Pihak JAKIM/JAIN dan NGO's Islam (PPIM) sentiasa bekerjasama untuk memantau tentang makanan dan Daging Ayam serta pusat Penyembelehan Ayam yang diragukan supaya menepati kehalalan dan mengikut peraturan Islam tapi ianya terus berlaku hari demi hari

Wahai pengguna Islam, sedarlah dan jadilah pengguna yang bijak demi masa depan orang-orang Islam supaya tidak disumbat dengan benda-benda haram .

Hyper Market saperti TESCO dan juga Daging Ayam yang ada dipasaran hendak lah peka akan sensitiviti orang-orang Islam, difahamkan tindakan demi tindakan, media demi media yang dikeluarkan tapi usaha yang biadab terus dilakukan tanpa mengira sensiviti orang Islam, mencari keuntungan adalah faktor utama untuk memperalatkan orang lain terutama Orang Melayu Islam.

Justeru itu saya menyokong penuh pihak yang menyaman agar dijadikan TAULADAN kepada mereka2 yang mempermainkan sensitiviti UMAT ISLAM agar tak berulang serta, tidak memperbodohkan UMMAT.

Tuesday, February 19, 2008

Monday, February 18, 2008

KAMPONG MELAYU TAPI TERNAK BABI

















Sila Klik Image untuk besarkan gambar....

SUNGAI BAKAP PENANG.
17TH FEBRUARY 2008 (AHAD)

Gembira hati kerana dah lama tak balik kampong, tapi kegembiraan berakhir dengan bau yang amat busuk mencucuk deria bau, patutlah baunya begitu memualkan, masyallah rupanya KG LIMA KONGSI Sg Bakap telah dipenuhi dengan ternakan BINATANG KHINZIR (BABI) apa dah jadi dengan kampong yang dulunya harmoni tanpa ganggu gugat sebarang bau yang tak pernah saya sangkakan, kampung yang indah ini telah di ambil alih oleh penternak BABI yang telah menukar sistem penternakan, Insyallah bakal menjahanamkan EKOSISTEM Kg Lima Kongsi, Sg Bakap, Pulau Pinang.

Pilu & sedih buat penduduk Kg Lima Kongsi, Sg Bakap, tapi yang menghirankan saya, mana pergi :-
  1. TOK KETUA KAMPUNG = TAK SEDAR ATAU TAK NAMPAK
  2. ADUN = SAJA JE BUAT2 TAK NAMPAK
  3. WAKIL RAKYAT = SIBUK URUSKAN RAKYAT
  4. PBT =TIADA ADUAN LAGI TUNGGU NANTI ADA ADUAN
  5. JKKK = BIARKANLAH BUKAN KITA TERNAK
  6. ALAM SEKITAR =TUNGGU KARAM SINGH WALIA SIAR KAT TV3
dan yang bersangkutan dengan Kg Lima Kongsi, Sg Bakap. Bayangkanlah tiga hari saya di Kg tersebut amat derita, bagaimana boleh penduduk Kg tersebut tahan akan PENCEMARAN BAU yang busuk serta memualkan dan menjijikan.

Kg Lima Kongsi ,Sg Bakap, SPS adalah satu-satunya Kg Orang Malayu (Islam) dalam delima bau busuk kerana dikelilingi olih Kandang Babi dan yang paling menyedihkan pada waktu solat kerana surau mereka Kg Lima Kongsi) berada kira-kira 100m dari kandang babi tersebut tak dapat tidak bau busuk dari kandang babi mengganggu mereka (orang Islam) dalam beribadat kapada Allah SWT walaupun perkara ini telah disuarakan olih mereka kapada pihak yang berwajib tapi hingga kasaat ini masih tenat dan menjijikan. Mengikut cerita daripada salah seorang penduduk asal Kampung tersebut En Wan Chik @ Pak Ngah.

Kedudukan Orang Melayu (Islam) Kg Lima Kongsi laksana bueh dilautan dan menunggu menuju kehancuran jika tidak ada pihak-pihak yang berwajib menolong dan membantu serta memantau bagi penempatan semula kandang babi tersebut yang dipercayai dipunyai olih taukeh-taukeh yang kembal undang-undang serta berpengaruh.

Perasaan sedih yang meloyakan ini bagi warga Kg Lima Kongsi tiada siapa yang mempedulikan, bayangkan jika ALLAH berhentikan angin bertiup dalam masa satu minit sahaja, nescaya semua penduduk Kg Lima Kongsi akan mati dengan pencemaran bau busuk tersebut.

Renung renungkan lah... apa bakal berlaku serta perubahan di KG LIMA KONGSI....

PPIM bantu kawal jenayah

PPIM bantu kawal jenayah

KUALA LUMPUR - Dengan niat mengurangkan kadar jenayah di Pangsapuri Bukit Baru, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) buat pertama kalinya memperkenalkan program Home Security kelmarin.

Program itu turut melibatkan Rakan Cop serta Persatuan Penduduk Pangsapuri Bukit Baru yang bakal mewujudkan satu komuniti berkonsepkan Rukun Tetangga.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Ma'amor Osman berkata, penubuhan Home Security itu bertujuan mengembalikan semula semangat kejiranan yang semakin berkubur.

"Program ini akan memberi kesan kepada seluruh penghuni pangsapuri mengurangkan kadar jenayah dan kes kecurian yang sering berlaku.

"Ia tiada percanggahan dengan Rakan Cop, cumanya kami mahu dengan penubuhan Home Security, keselamatan di sini akan lebih terjamin," katanya yang ditemui selepas merasmikan program itu.

Selain itu, tambah Ma'amor, pihaknya sedang melatih seramai 20 orang Unit Tindakan Khas PPIM dalam menjalankan tanggungjawab mereka mengawal kawasan perumahan tersebut.

Tidak cukup dengan itu, PPIM turut dibantu 3,000 ahli kumpulan motosikal yang juga berperanan penyebar maklumat kepada polis sekiranya berlaku sesuatu kejadian buruk di kawasan berkenaan.

"Sekiranya ada masalah, penduduk boleh hubungi Rakan Cop Selangor dan Wilayah Persekutuan, talian aduan PPIM atau talian aduan persatuan penduduk yang tertera pada plak yang kami letakkan di beberapa sudut," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Penduduk Pangsapuri Bukit Baru, Hairi Zin Hashim, sepanjang empat tahun pangsapuri kos sederhana itu didiami, tiada sebarang kejadian jenayah berat berlaku.

"Tak ada yang serius setakat ini..tapi kalau boleh kita tak mahu lagi ada kes kecurian, pecah rumah atau sebagainya di pangsapuri ini.

"Saya harap dengan adanya program ini, penduduk akan sentiasa bekerjasama dalam menjaga keharmonian dan keselamatan di sini demi keselamatan semua pihak," jelasnya.

Sunday, February 17, 2008

PPIM pandang serius isu makanan tercemar















Sinar Harian (Selangor)
17hb Feb 2008
Selayang
PPIM pandang serius isu makanan tercemar
SELAYANG – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang berat aduan pengguna yang tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan sekolah di Malaysia sehingga menyebabkan banyak berlaku kes keracunan makanan yang menjejaskan pelajar terlibat. Pengarah Bahagian Hal Ehwal Islam dan Masyarakat PPIM, Abdul Aziz Ismail berkata, dalam bulan Januari, pihaknya mendapati berlaku kes keracunan makanan di kantin sekolah di Terengganu, Pahang, Kedah dan Negeri Sembilan.

Larang jual ayam tanpa kepala















Sinar Harian (Pahang)
2/17/2008
Kuantan
Larang jual ayam tanpa kepala
KUANTAN – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam negeri mengkaji semula kebenaran penjualan ayam tanpa kepala di pasaran bagi mengelakkan pembelian ayam yang tidak disembelih mengikut syariat Islam. Pengarah Hal Ehwal Islam Dan Masyarakat (PPIM) Aziz Ismail berkata, penjualan itu juga akan menimbulkan kekeliruan kepada pengguna Islam dan mungkin boleh menyebabkan penipuan penjualan ayam yang tidak disembelih secara halal.

Friday, February 15, 2008

Status halal 14 pusat sembelih tak dijamin

Status halal 14 pusat sembelih tak dijamin

KUALA LUMPUR: Empat belas pusat penyembelihan di sembilan negeri serta lebih 100 syarikat pengeluar produk makanan dan keperluan harian termasuk beberapa jenama terkenal, dikesan belum membaharui sijil pengesahan halal. Berikutan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak dapat menjamin status perkhidmatan dan produk berkenaan sama ada halal kerana ia meragukan.

Pusat penyembelihan itu terletak di ibu kota dan Labuan, Perak, Selangor, Melaka, Kedah, Johor, Negeri Sembilan serta Pulau Pinang. Antara produk makanan dan barangan keperluan harian itu pula ialah minuman segera, makanan dalam tin, majerin, bebola ikan, nugget dan burger.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz, berkata pusat penyembelihan dan syarikat terbabit akan dikenakan tindakan jika masih menggunakan logo halal setelah sijil pengesahan halal berkenaan tamat tempoh.

"Menjadi tanggungjawab syarikat terbabit memperbaharui sijil pengesahan halal, empat bulan sebelum tempohnya tamat. Kebanyakan sijil pengesahan halal syarikat terbabit didapati sudah luput, Ogos lalu.

"Kealpaan mereka menyebabkan Jakim kini tidak dapat menjamin status perkhidmatan serta produk mereka sama ada halal atau tidak serta boleh meragukan pengguna," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau berkata, perkara itu berlaku disebabkan kecuaian pengusaha pusat penyembelihan dan pemilik syarikat terbabit yang memandang remeh serta tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Wan Mohamad berkata, sijil pengesahan halal yang dikeluarkan Jakim tidak boleh dipandang ringan kerana pihaknya bertanggungjawab memastikan pelbagai produk yang menggunakan logo halal tidak dicemari unsur haram.

"Jakim tidak akan berkompromi dalam soal halal haram kerana ia boleh menjejaskan kesucian umat Islam serta memperjudikan kepercayaan mereka terhadap kerajaan.

"Kedegilan pengusaha hanya merugikan mereka kerana pengguna kini semakin bijak dan mempunyai kesedaran kepenggunaan yang tinggi. Pengguna kini semakin teliti berhubung status makanan dan produk yang ingin dibeli," katanya.

Mengenai proses memperbaharui sijil halal, beliau berkata, ia mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan kerana terpaksa melalui proses pemeriksaan ketat terhadap premis dan bahan mentah yang digunakan.

"Bagi produk makanan pula, kita menitikberatkan bahan yang digunakan kerana kami pernah mendapati unsur tidak halal dicampur dalam produk makanan," katanya.

Maklumat mengenai pengeluar serta produk makanan dan keperluan harian yang sudah tamat tempoh sijil halalnya boleh dirujuk menerusi laman web Jakim di www.islam.gov.my/portal/.

INFO: Syarat rumah sembelih

  • Setiap penyembelih hendaklah warga negara Malaysia dan mempunyai Sijil Penyembelih
  • Jumlah penyembelih hendaklah mencukupi mengikut kadar sembelihan
  • Mempunyai Sijil Pemeriksaan Veterinar daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan
  • Rumah sembelih hendaklah berasingan dari rumah kediaman
  • Rumah sembelih hendaklah berpagar dan memastikan tiada binatang lain berkeliaran
  • Binatang yang disembelih tidak boleh dilonggokkan di dalam satu tempat

MEE KUNING (Pembunuh Zuriat)

KUALA LUMPUR: Perang terhadap produk mi dan kuetiau menggunakan logo halal palsu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan isu lebih menakutkan apabila jenama mi terkenal dikesan mengandungi bahan kimia berbahaya asid borik.

Apabila ujian dilakukan terhadap mi terbabit, warna kuningnya bertukar menjadi merah hingga boleh digelar ‘mi darah’.

Dua jenama mi terkenal yang diambil dari dua kilang berasingan di Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini, semalam, didapati mengandungi asid borik apabila warna mi terbabit bertukar menjadi merah pekat selepas dicampur air kunyit.

Ini menunjukkan pengilang mi dan kuetiau terbabit masih berdegil menggunakan asid borik dan asid benzoik walaupun mereka pernah diberi amaran berulang kali oleh Kementerian Kesihatan.

Difahamkan asid borik dan asid benzoik yang digunakan sebagai pengawet dianggap berbahaya kerana boleh menyebabkan kanser dan menjadi antara punca lelaki mandul.



Asid borik bahan digunakan untuk kawalan serangga dan pengawet kayu dalam industri perabot, kaca dan bidang perubatan serta dilarang mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Kebanyakan pengusaha mi, kuetiau, mi wantan dan laksa gemar menggunakan kimia berbahaya itu kerana ia mampu membunuh bakteria, meningkatkan tekstur dan mengekalkan kesegaran makanan untuk tempoh masa lama.

Berdasarkan maklumat Kementerian Kesihatan, asid borik boleh menyebabkan loya, muntah, cirit-birit, kegagalan buah pinggang, kegagalan sistem peredaran darah seterusnya membawa maut.

Wartawan Harian Metro melakukan ujian ringkas terhadap dua jenama mi itu yang diambil dari dua kilang terbabit yang diserbu pegawai Jabatan Kesihatan Selangor, Jakim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, semalam.

Ia mendapati kedua-dua mi terbabit bertukar warna kepada merah pekat selepas dituang dengan air kunyit.

Pertukaran warna merah mendadak dalam tempoh kurang 10 saat itu membuktikan mi terbabit mengandungi asid borik yang digunakan untuk tujuan pengawetan.

Jika mi terbabit tidak mengandungi asid borik atau benzoik, warna kuning mi itu akan kekal tanpa perubahan warna ketara.

Sementara itu, ketika serbuan dilakukan, pihak Jakim menarik semula pemberian sijil halal kepada kedua-dua kilang makanan terbabit selepas ujian makmal membuktikan pengusahanya menggunakan asid berbahaya itu.

“Jakim menitikberatkan keselamatan pengguna dan tidak sesekali berkompromi dengan pengusaha makanan yang sewenang-wenang menggunakan bahan berbahaya, apatah lagi daripada sumber diharamkan agama,” katanya.

Satu daripada kilang mi yang menggunakan asid borik dan benzoik itu pernah ditarik semula pemberian sijil halal Jakim pada Ogos 2006.

Pengusaha kilang terbabit kemudian cuba memohon semula sijil halal Jakim pada Julai tahun lalu, namun ditolak kerana tidak mematuhi syarat ditetapkan.

Malah, dalam pemeriksaan mengejut semalam, pihak berkuasa sekali lagi menemui beberapa kotak berisi serbuk putih asid benzoik yang disembunyikan di kilang terbabit, sekali gus membuktikan penggunaan bahan kimia itu.

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

Apakah asid Borik ?

Asid borik adalah satu bahan kimia yang sepatutnya untuk pengunaan luaran sahaja.

Cth.: kosmetik sebagai bahan anti-jerawat. Tujuan asid borik supaya mee kelihtan berkilat, tahan lama & bewarna kuning.

Smptom pengunaan asid borik adalah loya, muntah, cirit birit, kidney failure, sistem peredaran darah lumpuh.

Uji cara kampung: Biasanya boleh diuji menggunakan air kunyit. jika mee kuning jadi merah ertiny tinggi kandungan asid borik tetapi cara ini juga adalah kurang tepat.

Punca haram: Asid borik diharamkan kerana ia boleh menyebabkan penyakit kanser & menjadi antara punca lelaki mandul.

Akta: Dilarang di bawah Akta Makanan 1983 & Peraturan-peraturan Makanan 1985. Ia kekal dalam kumpulan racun kategori C & D.

Tujuan asid borik: Memelihara kesegaran bahan makanan & melindungi dari basi @ sudah lama, mee.

Produk yang biasa mengandungi asid borik: bebola ikan, kek ikan, keuetiaw, bak chang, & bberapa jenis kuih nyonya.


SOLUSI DARI PERKARA DIATAS BEKALAN MEE YANG PASTINYA HALAL & THOYYIB SEPERTI DIBAWAH

Cabaran pengusaha mi Nada Food (Jenama MEE IBU)

KESEDARAN untuk mengeluarkan makanan yang bersih dan suci menyebabkan Rohana Othman, 42, membuka perniagaan mi dan kue tiaw sejak tujuh tahun lalu. Dengan modal awal berjumlah RM200,000, beliau menubuhkan Nada Food Sdn. Bhd. yang kini terletak di Bandar Sri Damansara, Selangor.

“Sebenarnya, saya asalnya seorang suri rumah. Pada masa yang sama timbul kesedaran untuk mengusahakan produk makanan yang banyak dimakan oleh orang Islam, contohnya mi, kue tiaw dan bebola ikan. Ini berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri yang sukar mendapatkan produk keluaran orang Islam sama ada di pasar raya atau pasar segar,” ujar Rohana.

Beliau yang mesra dengan panggilan Kak Ana mula berniaga produk mi dan kue tiaw menggunakan jenama Ibu. Pilihan jenama Ibu dibuat berdasarkan kepada identiti masakan ibu yang sedap, suci dan bersih.

Menurut Kak Ana, memandangkan mi yang dibuat tidak mengandungi bahan pengawet, ia telah menyebabkan kos pengeluarannya tinggi kerana produknya tidak dapat bertahan lama. Di luar bungkusannya tertera tarikh pengeluaran dan tarikh luput.

“Ini adalah masalah utama yang kami hadapi tetapi kami akan cuba perbaiki ketahanan pembuatan mi dan kue tiaw dari semasa ke semasa. Sebelum

ini memang ada mi yang dikeluarkan oleh orang Melayu tetapi ia tetap mengandungi bahan pengawet dan asid borik. Jadi untuk elakkan penggunaan kedua-dua bahan kimia tersebut, kami sentiasa mementingkan kebersihan mesin dan premis kedai serta memasang alat pendingin hawa. Begitu juga dengan cara penghantaran dan penyimpanan mi,” kata Rohana yang mempunyai latar belakang akademik alam bidang hospitaliti.

Bersesuaian dengan tanggungjawab sebagai peniaga Islam, beliau sentiasa memastikan penggunaan tepung yang berkualiti dan minyak yang tidak dikitar semula. Langkah ini menaikkan kos menyebabkan harga sebungkus mi dan kue tiaw jenama Ibu agak mahal berbanding mi yang lain.

“Apabila kita mengambil keputusan untuk mengeluarkan produk mi yang tidak mengandungi asid borik dan bahan pengawet, ia menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan harga mi menjadi lebih mahal. Tetapi cabarannya bagaimana hendak menukar pemikiran pengguna agar mendapatkan mi tanpa bahan pengawet dengan harga yang tidak jauh berbeza dengan mi yang lain. Bukan mudah untuk menjadi seorang pengeluar mi kerana persaingannya tinggi terutama untuk menempatkan produk kita di pasar raya,” ujar beliau yang menyifatkan cabaran adalah rencah dunia perniagaan.

Rohana amat beruntung kerana mendapat bantuan daripada pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang memasarkan produknya ke beberapa pasar raya besar manakala Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) membantu memasarkannya untuk pasaran di sebuah pusat membeli-belah. Mardi banyak membantu dari segi kepakaran teknologi.

Walaupun berhadapan dengan beberapa masalah seperti mendapatkan kepercayaan pelanggan dan pengedar, namun ia tidak mematahkan semangat Rohana untuk muncul sebagai pengeluar mi yang berjaya.

Nada Food yang beroperasi dengan 15 orang pekerja kini dalam perancangan untuk mengeluarkan mi kering. Bagaimanapun, usaha ini masih di peringkat perbincangan dengan pihak MARDI, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Selain mi dan kue tiaw, Nada Food turut mengeluarkan produk gegulung ikan, bebola ikan goreng, bebola ketam, bebola ikan, kiub ikan, bebola udang dan bebola sotong, tauhu segar, tempe segar, tempe pedas, pai ayam, pai daging dan pai tuna.


Keterangan lanjut :-

NADA FOOD SDN BHD

No. 5 & 5A, Jalan Gangsa SD5/3E,

Bandar Sri Damansara,

52200 Kuala Lumpur.

Tel : 03-6276 8020

Fax : 03-6276 7075

email : nadafood@tm.net.my

website : www.ibufood.com

Pengarah Urusan : Puan Rohana Othman

email : ibufd15@yahoo.com

Tuesday, February 12, 2008

Peminat ROTI Sila baca















Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang.

Dalam ujian yang dijalankan oleh CAP baru-baru ini ke atas pelbagai jenis roti yang dibeli di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuklah roti bantal dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan digunakan sebagai burger dalam rangkaian makanan segera), didapati sehingga 92% mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik, dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang mestilah tidak melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a).

Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada 2005 dan 23 pada 2006), hanya 4 dalam lingkungan had untuk asid propionik. Selebihnya 46 daripada 50 sampel iaitu 92% daripada roti yang diuji oleh kami semuanya mempunyai asid propionik melebihi 2,000 mg/kg (lihat jadual untuk keterangan lanjut).

Antara jenama terkenal yang turut terjejas adalah roti bantal dan ban daripada Gardenia, High 5, dan Roman Meal. Turut terjejas adalah roti dan ban dari rangkaian restoran makanan segera, pasar raya dan kedai roti tempatan.

Gardenia
Sebagai contoh Gardenia Original Classic (Enriched White Bread) mempunyai asid propionik 1.6 kali (ujian 2006) dan 1.8 (ujian 2005) melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Wholemeal Bread 2.6 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali (ujian 2005) melebihi had selamat. Begitu juga Gardenia Breakthru (Formula Multiwholegrain) adalah 2.4 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali lebih tinggi (ujian 2005), sementara Gardenia Breakthru (Formula White) adalah 3.3 kali lebih tinggi (ujian 2005).

Ban dari Gardenia juga terlalu buruk. Gardenia Roti Krim Coklat mempunyai 3.1 kali asid propionik melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Roti Krim Vanila juga 3.0 kali lebih tinggi dan Gardenia Roti Krim Jagung juga 2.4 kali lebih tinggi.

High 5
Jenama terkenal lain High 5 mempunyai hasil yang sama buruk. High 5 Nutri-White Sandwich Bread didapati mempunya asid propionik 1.9 kali lebih tinggi pada 2006. Ia bersamaan High 5 Sandwich Bread pada 2005 iaitu 3.2 kali lebih tinggi. Roti bantal bersaiz besar, High 5 Sure Value Sandwich Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi (ujian 2005). High 5 Wholemeal Bread mempunyai asid propionik 1.7 kali lebih tinggi pada 2006 dan 3.5 kali lebih tinggi pada 2005.

Ban High 5 juga mempunyai jumlah bahan pengawet yang melanggar undang-undang. High 5 Roti Krim Vanila adalah 2.2 kali lebih tinggi dan High 5 Roti Krim Coklat 1.6 kali lebih tinggi.

Roman Meal
Kami juga turut menguji roti Roman Meal yang mahal pada 2005 dan ia juga mempunyai paras asid propionik yang terlalu tinggi. Roman Meal Honey & Oat Bran Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi, Roman Meal Hi Calcium Bread 3.1 kali lebih tinggi dan Roman Meal 12 Grain Bread 3.0 kali lebih tinggi.

Roti Pasar Raya
Kami juga turut menguji roti daripada pelbagai pasar raya seperti Giant, Tesco dan Gama di Pulau Pinang, dan ia juga turut mempunyai paras asid propionik yang melanggar undang-undang yang ditetapkan. Giant Roti Sandwic ialah 2.9 kali lebih tinggi dan Giant Bread (Concess) 1.7 kali lebih tinggi.

Tesco Wheat Bran Bread mempunyai asid propionik 2.3 kali lebih tinggi. Tesco White Sandwich 1.4 kali lebih tinggi (ujian 2006) tetapi dalam ujian 2005, ia mengandungi hanya 2,062 mg/kg asid propionik, sedikit melebihi had 2,000 mg/kg yang dibenarkan oleh undang-undang.

The Four Leaves English Toast Bread yang dibeli di Pasar Raya Gama di Pulau Pinang adalah 1.9 kali lebih tinggi.

Rangkaian Makanan Segera
Kami juga menguji ban dan burger yang dihidangkan di KFC dan McDonalds. Semua 3 sampel yang diuji gagal dalam ujian. KFC Colonel Burger mempunyai 2.1 kali lebih tinggi bahan pengawet dan ban yang dihidangkan bersama dengan ayam goreng lebih buruk iaitu 3.6 kali lebih tinggi. McDonalds Beefburger mempunyai 1.7 kali lebih tinggi asid propionik dalam ban.

Kedai Roti Tempatan
Roti dari kedai roti tempatan dan dari penjual roti juga terjejas dengan teruk. Roti itu didapati mempunyai jumlah asid propionik yang paling tinggi datangnya dari Ismalia Bakery di Pulau Pinang yang juga turut membekalkan roti kepada penjual roti. Ismalia Bakery Coconut Bun mempunyai asid propionik 5.1 kali lebih tinggi berbanding had yang ditetapkan oleh undang-undang. Sampel yang diuji ini adalah yang paling buruk. Roti tempatan lain yang turut terjejas datang dari Rhena Bakery, Pathchee Bakery, Intisari Bakery, Continental Bakery dan lain-lain. Untuk hasil sepenuhnya, lihat jadual.

Asid propionik tidak berwarna, berminyak, cecair berbau hancing yang terjadi secara semula jadi dalam binatang dan produk tenusu. Ia biasanya digunakan sebagai racun kulat dan racun bakteria, ia mengawal kulat dan bakteria dalam bijirin yang disimpan, kawasan simpanan bijirin, sisa buangan ternakan dan air minuman untuk ternakan.

Dalam makanan, ia digunakan untuk mengawet makanan yang dibakar dan keju. Bentuk lain asid propionik (contohnya kalsium dan sodium propionates) juga ditambah ke dalam makanan untuk mencegah kulat dalam makanan dibakar kering.

Semua propionates dikatakan dikaitkan dengan sakit kepala migrain. Kajian dari Australia pada 2002 mendapati kalsium propionate boleh menyebabkan tingkah laku menyimpang (seperti keletihan dan tidak memberi tumpuan, jadi mereka tidak mahu membuat kerja rumah, tidak dapat membaca dengan sempurna dan juga mengalami gangguan tidur) pada kanak-kanak. Kesan sampingan ini berlaku dalam tempoh beberapa dan menjadi kumulatif, demikian menurut kepada kajian.

Tiada Penguatkuasaan
Hasil ujian oleh CAP amat mengejutkan dan kami pasti kebanyakan pengguna akan terkejut kerana kita memakan roti dengan paras bahan pengawet yang amat tinggi. Paling mengejutkan CAP ialah tiada pematuhan terhadap undang-undang sepenuhnya.

Kementerian Kesihatan yang menguatkuasakan Peraturan Makanan kita tidak menjalankan tugasnya dan dalam proses ini ia membahayakan kesihatan kita.

Pihak kementerian mestilah dengan segera bertindak untuk mendakwa syarikat yang telah melanggar undang-undang. Mereka mestilah mengawasi dengan berterusan kualiti roti yang dimakan setiap hari oleh berjuta rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak.

Nota: Jenama roti yang diuji oleh persatuan Pengguna (CAP) pada 2005 & 2006 boleh didapati di dalam akhbar Utusan Pengguna @ utusan Consumer keluaran September- Oktober 2006 di pasaran sekarang.

APA YANG TERSEMBUNYI MENGENAI ROTI INDUSTRI MODEN?
  • Tepung Beracun
  • Pelembut Doh
  • Sisa Racun Makhluk Perosak
  • Logam Berat
  • Pemutih
  • Pengemulsi
  • Rambut Manusia (L-cysteine)
  • Agen Pengurang
  • Pengawet
  • Terlalu Banyak Garam
  • Lemak Trans
  • Terlalu Banyak Yis
  • Enzim Ubah Suai Genetik
  • Yis Ubah Suai Genetik
Roti hari ini adalah produk yang dihasilkan secara besar-besaran yang bergantung kepada pelbagai proses industri, bukan kepada kemahiran pembuatnya yang berkembang dalam tempoh beberapa abad yang lalu.
Di kebanyakan negara, termasuk Malaysia, roti dibuat di kilang besar, sesetengahnya mampu untuk menghasilkan sehingga suku juta buku roti sehari. Dalam usaha untuk menghasilkan roti dengan cepat dan untuk tahan lebih lama, industri membuat roti menggunakan lebih banyak bahan kimia penambah dan enzim tiruan (termasuk enzim ubah suai genetik, yang tidak perlu dinyatakan pada bungkusan memandangkan ia dikelaskan sebagai “bantuan membakar”).

Roti hari ini juga menjadi semakin lembut – mengandungi lebih banyak air dan kurang bahan sumber daripada bijirin semula jadi.

Apa yang anda perolehi adalah makanan yang rendah mutunya. Anda akan terkejut apabila mengetahui apa sebenarnya yang digunakan dalam membuat roti moden hari ini dan apa kesannya kepada kesihatan anda.

“Kini, teknologi mempunyai cara yang lebih pintar untuk mencemari roti kita, jadi sains mendedahkan kesannya kepada kesihatan awam. Sepertimana kajian terbaru menyarankan, kita perlu memikirkan semula cara kita membuat roti.” (Akhbar British The Independent, dalam artikel, “The Shocking Truth About Bread,” 29 Ogos 2006).
Berikut adalah maklumat terkini kompilasi fakta penting mengenai roti.

1. Terlalu Banyak Bahan Penambah

Roti yang dijual hari ini terlalu banyak bahan kimia dengan bahan penambah (contohnya roti putih, merupakan salah satu bahan makanan yang paling tercemar dengan bahan kimia yang boleh diperolehi hari ini.)

Bahan penambah adalah bahan kimia yang ditambah ke dalam makanan sama ada secara langsung atau tidak langsung sewaktu pemprosesan, penyimpanan atau pembungkusan. Ia membantu untuk memperbaiki jangka hayat penyimpanan roti, nilai pemakanan atau perisa.
Bagaimanapun, bahan penambah bukanlah khasiat pemakanan semula jadi untuk manusia. Malah ia boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan. Contohnya ammonium klorida, salah satu bahan kimia yang ditemui dalam beberapa roti yang dipertingkatkan, mengurangkan keasidan air kencing dan perlu dielakkan oleh mereka yang mempunyai masalah hati atau buah pinggang.

Kalium bromat, bahan penambah biasa yang digunakan dalam roti untuk meningkatkan jumlah, dan untuk menghasilkan roti dengan struktur serbuk halus, juga boleh menjadi toksik kepada sesetengah orang. Bromat sendiri boleh menyebabkan kanser pada binatang dan kebanyakan bromat dengan cepat berpecah kepada bentuk bromida berbahaya.

Bromat telah diharamkan di seluruh dunia kecuali di Jepun dan Amerika Syarikat. Di California, tanda amaran kanser diperlukan pada label jika bromat terdapat dalam roti.

Apa Lagi Dalam Roti Anda?
Pemutih:
Tepung yang dikisar mempunyai kesan kekuningan dan kualitinya tidak baik. Sewaktu penyimpanan, warnanya menjadi putih dan kualitinya berubah dengan perlahan. Sesetengah pelembut doh digunakan untuk mempercepatkan proses ini. Pemutih juga turut digunakan sebagai ganti tepung yang lama. Contohnya benzoyl peroxide dan gas klorin dioksida digunakan untuk memutihkan tepung.

Pelembut Doh:
Pembuat roti komersial sering menggunakan bahan penambah seperti pelembut doh untuk memperbaiki tekstur, penampilan dan hayat simpanan roti. Sesetengah pelembut ditambah sewaktu di kilang tepung, manakala yang lainnya ditambah di tempat membuat roti.
Pelembut doh paling biasa digunakan ialah sodium stearoyl 2 lactylate, calcium stearoyl lactate, malt barli, ethoxylated dan succinylated monoglycerides dan polysorbate 60.
Bahan penambah ini menguatkan gluten (bahagian protein gandum) dan kanji (karbohidrat kompleks) dalam doh. Ini mencegah campuran berlebihan doh roti yang dengan mudah boleh berlaku apabila sejumlah besar doh dibuat dalam satu masa.

Campuran doh yang berlebihan akan naik secara tidak tetap, bentuk yang tidak sempurna, roti yang tebal. Penambahan pelembut doh membantu untuk memastikan bentuk bulat dan ringan.

Sesetengah pelembut doh yang dipanggil “agen pengoksidaan” (contohnya bromat, asid askorbik dan azodicarbonamide) menyebabkan perubahan kimia dalam protein, menghasilkan gluten yang lebih kuat yang membantu roti mengekalkan strukturnya selepas pembakaran. Agen pengoksidaan memberikan produk yang dibakar lebih jumlahnya, lembut teksturnya, bijirin yang lebih halus dan serbuk halus.

Sesetengah pelembut doh mempunyai lebih daripada satu peranan. Contohnya Stearoyl-2-lactylate, melembutkan serbuk dan menguatkan doh. Monoglycerides adalah pelembut doh yang mengekalkan kelembutan roti sepanjang masa dan menolong mencegah hapak.
Enzim tertentu juga berfungsi sebagai pelembut doh. Lipoxygenase membantu memutihkan roti dengan pengoksidaan asid lemak. Protease enzymes diperolehi daripada kulat, menjadikan doh roti lebih mudah dibentuk dan alpha-amylase membantu penapaian doh roti.

Pengemulsi:
Digunakan dengan meluas dalam penambahbaikan roti untuk mengawal saiz buih gas, pengemulsi membolehkan doh memerangkap lebih banyak gas dan oleh sebab itu mengembang dengan lebih besar dan menjadikan serbuk lebih lembut. Pengemulsi juga mengurangkan kadar roti menjadi hapak. Beberapa contoh adalah

Agen Pengurang:
Digunakan sebagai L-cysteine hydrochloride (E920), cysteine adalah asid amino yang berlaku secara semula jadi dalam membuat roti untuk menghasilkan doh terutama sekali untuk ban burger dan roti Perancis. Ia mungkin diperolehi daripada bulu binatang dan juga rambut manusia.

Bahan Pengawet:
Dua bahan pengawet yang digunakan dengan meluas dalam tepung ialah kalsium propionat dan cuka (asid asetik). Bahan pengawet hanya perlu untuk memanjangkan hayat simpanannya.

2 Terlalu Banyak Garam
Tahukah anda bahawa di United Kingdom, kerajaan mengklasifikasikan roti yang dihasilkan oleh industri sebagai makanan yang mempunyai banyak garam? Ini kerana terlalu banyak garam ditambah sebagai pengawet dan penambah perisa dalam roti.

Natrium adalah salah satu galian penting untuk mengawal keseimbangan cecair dalam tubuh kita. Air masuk dan keluar daripada sel kita untuk mengimbangi jumlah natrium dalam darah. Bagaimanapun kebanyakan daripada kita mengambil garam yang cukup setiap hari untuk menyediakan lebih daripada 10 kali jumlah natrium yang mereka perlukan.

Terlalu banyak natrium boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi dan memberi tekanan pada jantung. Memakan tiga kali lebih natrium berbanding pengambilan harian maksimum 2,400 mg yang disarankan untuk rakyat Amerika boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan serangan jantung dan strok, malah bagi mereka yang tidak sensitif kepada natrium.

3 Lemak Trans Tersembunyi
Roti yang dihasilkan oleh industri menggunakan lemak hidrogenan, lemak keras yang berfungsi bersama dengan gluten (protein yang ditemui dalam tepung, yang terbentuk semasa membuat roti) untuk menghasilkan doh yang keras yang akan naik dengan cepat dan mengekalkan strukturnya sewaktu membakar dan menyejukkan roti.

Lemak hidrogenan adalah lemak keras. Lemak keras ini memperbaiki isipadu roti, kelembutan serbuk dan membantu kekal lama, jadi ia sesuai untuk proses membuat roti secara industri.

Lemak hidrogenan juga mengandungi lemak trans, jauh lebih buruk daripada lemak tepu. (Lemak trans terbentuk sewaktu penghidrogenan minyak sayuran - proses komersial digunakan untuk mengeraskan minyak untuk penghasilan lemak seperti lelemak dan marjerin keras. Hasil daripada proses ini minyak menjadi separa keras, lebih stabil pada suhu bilik tetapi lebih tepu).
Lemak trans menyebabkan:
  • Kolesterol HDL (baik) rendah dan meningkatkan kolesterol LDL (buruk).
  • Arteri tersumbat.
  • Penentangan insulin (mengurangkan sensitiviti pada tisu tubuh kepada tindakan insulin, yang perlu untuk membawa glukosa ke dalam tisu untuk digunakan sebagai sumber tenaga). (Penentangan insulin dikaitkan dengan kegemukan, hati berlemak, diabetes jenis 2, penyakit jantung, penyakit ovari polisista, dan kecacatan pembesaran);
  • Menyebabkan atau menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius seperti penyakit jantung.

4. Penggunaan Yis Berlebihan
Roti biasanya dibuat dengan hanya empat ramuan – tepung, air, garam dan ragi atau yis. Malah yis tidak diperlukan dengan doh masam atau bahan penaik semula jadi.
Roti keluaran industri menggunakan 2 – 3 kali jumlah yis biasa berbanding roti yang dibuat secara tradisional. Ini menghasilkan sejumlah besar gas dan dalam proses itu ia menjadi roti span. Sejumlah besar yis di dalam roti yang dimakan dikatakan menjadi punca bagi pertumbuhan yis yang tidak bertoleransi, radang usus dan candida albicans dalam beberapa dekad yang lalu.

Yis diubah suai secara genetik:
Satu lagi kebimbangan terhadap yis di dalam roti ialah kita mungkin tidak mengetahui sama ada yis yang digunakan diubah suai secara genetik. Satu jenis yis yang diubah suai secara genetik ialah yis yang menggunakan pelbagai jenis gula. Pada masa kini, dua yis sedemikian boleh didapati – satu menaikkan roti lebih cepat. (Satu lagi ialah bagi menghasilkan bir yang kurang karbohidrat, iaitu kurang kalori.)
Kejuruteraan genetik, atau bioteknologi, adalah satu teknologi baru yang menakutkan yang membolehkan para saintis mengubah DNA atau genetik daripada organisma hidup – dalam perkataan lain, mengubah blueprint keturunan organisma. Ia adalah sains kabur kerana pemahaman saintifik tentang cara gen berfungsi dalam organisma masih di peringkat awal. Tiada siapa yang mengetahui kesan jangka panjang yang mungkin timbul dan risiko terhadap kesihatan manusia akibat pengambilan makanan sedemikian, tidak seperti pengetahuan kita yang lebih lengkap mengenai makanan asli yang terdapat dalam diet kita sejak beribu tahun lalu.
Terdapat kebuimbangan bahawa makanan yang diubah boleh menyebabkan seseorang itu mudah mengalami alahan terhadap makanan yang dahulunya mereka boleh makan dengan selamat.

Dalam satu ujikaji untuk menghasilkan yis dengan kadar metabolik yang lebih tinggi (sebagai contoh, untuk mempercepat penapaian dalam membuat roti atau bir) gen tambahan yang terbabit dalam memetabolisme glukosa dimasukkan ke dalam yis. Kemudiannya penyelidik melaporkan yis juga mula mengumpulkan toksik dan kepekatan mutagenik (boleh menyebabkan perubahan, atau mutasi, pada paras kromosom atau gen) bahan yang dinamakan methylglyoxai.

5. Enzim Meragukan
Enzim ialah satu protein yang mempercepat tindak balas metabolik, dan ia diperolehi daripada sumber tumbuhan, binatang, kulat dan bakteria. Sebagai contoh, Chymosin, adalah enzim yang digunakan untuk mendadih susu bagi menghasilkan keju. Ia diperolehi sama ada daripada renet perut anak lembu atau disintesis melalui kejuruteraan genetik.

Enzim adalah rahsia besar pembakaran moden.. Malah, seluruh enzim digunakan dalam pembakaran. Namun ia dinamakan “bantuan pemprosesan,” yang tidak perlu dinyatakan pada label produk. Tidak hairanlah, kebanyakan orang tidak mengetahui yang roti mereka mengandungi enzim tambahan.

Pengeluar telah menghasilkan enzim dengan dua objektif utama: untuk membuat doh yang mengandungi lebih banyak gas (yang menjadikan roti lebih ringan) dan menjadikan roti lebih lembut dalam tempoh yang panjang selepas pembakaran.

Kebanyakan enzim kilang roti diperolehi daripada bahan yang bukan merupakan sebahagian daripada diet manusia biasa. Sungguhpun enzim sedemikian dari segi kimia adalah sama seperti yang terdapat secara asli di dalam tepung atau doh roti, ia dicampurkan dalam jumlah yang banyak berbanding dalam roti biasa.

Kini keselamatan enzim yang digunakan kilang roti telah dicabar secara radikal melalui penemuan bahawa enzim transglutaminase, digunakan untuk menjadikan doh bersifat lebih meregang dalam croissant dan sesetengah roti, boleh menukar sebahagian daripada protein gandum beracun pada orang yang mengalami keadaan tidak tahan terhadap gluten.

Perkembangan ini adalah penting kerana ia menunjukkan enzim yang ditambah pada doh roti mungkin menimbulkan kesan yang tidak diingini dan merosakkan. Enzim boleh menjadi bahan yang menyebabkan alergi (alergen). Enzim juga mungkin tidak berbahaya dengan sendirinya, tetapi mungkin digunakan untuk menghasilkan produk yang tidak diingini. (Sumber: “The Shocking Truth About Bread,” The Independent, 29 Ogos 2006).

Enzim diubah suai secara genetik:
Enzim untuk kegunaan sebagai bantuan pembakaran boleh dihasilkan secara tidak asli melalui pengubahsuaian genetik atau bioteknologi. Pereka enzim ini telah menambah sifat yang menguntungkan pengeluar makanan. Sebagai contoh, dengan menambah enzim yang diperolehi secara bioteknologi, seperti maltogenic amylase, ke dalam tepung, pengeluar boleh menjadikan roti tahan lebih lama.

Sebuku roti mula memecah sebaik sahaja ia dikeluarkan dari ketuhar. Kanji di dalam roti hilang kelembapan (yang menyebabkan roti keras dalam masa beberapa hari). Dengan menambah enzim yang diubah secara genetik ke dalam tepung, struktur kanji boleh diubah untuk mengekalkan kelembapan dengan lebih baik.

Enzim yang diubah suai secara genetik tidak dinyatakan pada label, dan kita kurang mengetahui tentang risiko yang berpotensi timbul terhadap kesihatan.

Oleh itu, roti yang dihasilkan secara besar-besaran hari ini merupakan ujikaji besar yang dijalankan ke atas kesihatan kita.

6 Tepung beracun
Tepung segar adalah kurang putih dan mempunyai bau yang kuat. Untuk mengatasi masalah ini, tepung itu dimasukkan gas klorin dioksida semasa dibakar di dalam ketuhar khas. Klorin itu bukan sahaja memutih dan mematang tepung, ia membentuk sebatian seperti asid diklorostearik, yang kekal di dalam tepung itu.

Klorin dioksida memusnahkan Vitamin E, dan bertindak balas dengan protein tertentu untuk membentuk methionine sulfoxide, yang diketahui menyebabkan kerosakan sistem saraf pusat pada manusia. Jika klorin dioksida tidak digunakan, bahan pemutih seperti benzoil peroksida dan nitrogen peroksida mungkin dicampurkan bersama agen yang mematang seperti kalium bromat, kalium iodat dan azocarbo-namide.

Roti yang diperbuat daripada tepung yang dikisar dengan batu pengisar adalah berat dan mudah mengering serta pecah, ciri-ciri yang tidak diingini dalam roti yang dihasilkan secara komersial hari ini. Pembuat roti komersial tidak dapat mengekalkan kelembapan produk mereka dengan menambah polyoxyethlene monostearate ke dalam tepung, yang mempunyai sifat yang menyerap dan menyimpan air.

Penyimpanan air di dalam tepung menyebabkan roti tahan dan kekal lembut, tetapi bahan kimia ini juga menyebabkan kanser pada tikus makmal.

Ethoxylated mono- dan digliserida juga dicampurkan ke dalam doh untuk menghasilkan kelembutan yang diingini pada roti.

Kadangkala agen rawatan tepung juga digunakan. Asid L-ascorbic (E300) boleh dicampurkan ke dalam tepung oleh pengilang, atau pada peringkat pembakaran. Ia bertindak sebagai pengoksida, yang membantu menyimpan gas di dalam doh, yang menjadikan roti naik dan memberi gambaran nilai palsu.

Di AS sahaja, terdapat kira-kira 60 bahan kimia yang diluluskan penggunaannya dalam menghasilkan tepung dan roti. Walaupun tidak ada pengeluar menggunakan kesemua 60 bahan penambah itu, 8 atau lebih adalah lazim digunakan.

Fakta mengenai tepung:
Dahulunya tepung dihasilkan melalui penghancuran bijirin dengan menggunakan penggelek batu (stone roller). Penggelek batu biasanya digerakkan oleh angin, air atau tenaga lembu jantan dan digerakkan secara perlahan tanpa menghasilkan haba. Vitamin dan zat galian mudah dimusnahkan oleh haba, tetapi teknik penghancuran yang sejuk menjamin kebanyakan nutrien, termasuk germa, dikekalkan.

Tidak seperti hari ini. Tepung dikilang dengan membuang germa (lapisan kulit dalam yang berkhasiat) dan lapisan luar selulosa (di mana kebanyakan serat ditemui) dan menghancurkan bijirin dengan penggelek keluli (steel roller) yang berkelajuan tinggi.
Tidak seperti tepung bijirin tulen yang dikisar oleh pengisar batu, tepung yang kita makan hari ini terlalu putih dan halus.

Inilah yang dicapai oleh pengilang dengan menghancurkan bijirin melalui penggunaan pelbagai mesin penggelek. Haba yang dihasilkan melalui penggelek keluli boleh memusnahkan sebarang vitamin dan zat galian yang biasanya ditemui dalam bijirin, yang menghasilkan produk siap daripada kanji tidak putih.

Tepung putih yang dikilang yang menanggalkan bahan penghalang aslinya amat mudah terdedah kepada serangan kulat. Ini diatasi dengan mencampurkan asid propionik, bahan yang mencegah kulat dalam serbuk ubat kaki makan air (athletes’ foot).

Malah tepung gandum tulen dicurigai semasa proses pengilangan moden. Mesin berkelajuan tinggi mencecah sehingga 400o F, dan kepanasan ini memusnahkan nutrien penting dan menghasilkan ketengikan dalam bran dan germa.

Vitamin E di dalam germa dimusnahkan – satu kehilangan disebabkan gandum tulen merupakan sumber Vitamin E yang paling mudah diperolehi.

7 Sisa racun makhluk perosak
Penanaman bijirin kontemporari, termasuk gandum (di mana tepung diperolehi), yang racun makhluk perosak dan bahan kimia lain digunakan, juga menimbulkan persoalan mengenai keselamatan memakan roti yang dijual hari ini.

Kebanyakan racun makhluk perosak yang digunakan pada bijirin berfungsi sebagai xenoestrogen, estrogen asing yang boleh mengganggu keseimbangan hormon dan mungkin menjadi penyebab sebilangan masalah kesihatan.

Sebagai contoh, para penyelidik menjangka bahan kimia yang menyerupai estrogen ini merupakan salah satu daripada faktor penyebab budak lelaki dan perempuan mengalami akil baligh lebih awal. Ia juga telah dikaitkan dengan kemandulan, keluarbiasaan dan kanser yang dikaitkan dengan hormon, termasuk penyakit payudara fibrosista, kanser payudara dan endometriosis.

Dikesan dalam roti:
Pada Jun 2005, Jawatankuasa Sisa Racun Makhluk Perosak UK (sebuah badan bebas yang menasihati kerajaan UK, Lembaga Pengarah Keselamatan Racun Makhluk Perosak dan Agensi Standard Makanan) melaporkan penemuan sisa racun makhluk perosak dalam 53 daripada 72 “roti biasa” yang diuji, yang termasuk roti putih (37), roti gandum tulen (26) dan jenis roti “lain” (9).

Racun makhluk perosak yang dikesan dalam roti yang diuji ialah chlormequat (pengawal pertumbuhan tanaman yang digunakan pada pelbagai tanaman, termasuk bijirin), glyphosate (digunakan sebagai bahan pengering ke atas tanaman bijirin), malathion (racun serangga) dan pirimiphos-methyl (racun serangga yang digunakan untuk mengawal makhluk perosak bijirin yang disimpan).

Satu sampel roti gandum tulen didapati mengandungi 3 sisa racun, sementara 13 sampel lain (10 roti gandum tulen, 2 roti putih dan 1 roti “lain” mengandungi 2 sisa racun.

Ini menimbulkan kebimbangan di Britain memandangkan kesan jangka panjang ke atas kesihatan daripada campuran sisa racun makhluk perosak ini kurang difahami, dan ketara terutamanya pada bayi dalam kandungan serta kanak-kanak kecil.

8 Logam berat
Di sesetengah negara, roti dijual sungguhpun mengandungi logam berat. Sebagai contoh, paras tinggi logam kadmium beracun dan amat berbahaya jarang ditemui di dalam roti Australia. Kadmium datang daripada baja fosfat yang disembur ke atas ladang gandum. (Sumber: Museum Victoria Australia 2003).

9 Tiada Nutrien
Pernahkah anda tertanya-tanya apa maksud “Roti putih yang diperkaya” seperti yang tertera pada bungkusan roti? Makanan yang diperkaya mengandungi nutrien tambahan untuk menggantikan nutrien yang hilang semasa pemprosesan.

Bijirin tulen amat berkhasiat. Pemprosesan moden menghilangkan nilainya sehingga 90% malah 100% nutrien.

Menurut penemuan Amerika, apabila bijirin dijadikan tepung putih halus, lebih daripada 30 nutrien perlu dihilangkan. Hanya 4 daripada nutrien itu (Vitamin B1, B2 dan B3, dan zat besi) ditambah kembali ke dalam proses yang dinamakan “pengayaan.”

Nutrien yang dihilangkan dan tidak dikembalikan termasuk 44% Vitamin E, 52% asid pantotenik, 65% asid folik, 76% biotin, 84% Vitamin B6, dan separuh atau lebih 20 zat galian dan unsur surih (termasuk magnesium, kalsium, zink, kromium, mangan, selenium, vanadium dan kuprum).

Dengan kehilangan nutrien semasa proses pengilangan, istilah “Kurang bermutu” (Degraded) mugkin lebih sesuai digunakan.

10 Rambut manusia – Haram bagi umat Islam
Pengguna Muslim mungkin terkejut apabila mengetahui yang roti sebenarnya mengandungi unsur-unsur daripada rambut manusia. Sememangnya rambut manusia telah diproses untuk menjadi ramuan di dalam makanan termasuk roti.

Bahan yang dipersoalkan itu ialah L-cysteine (asid amino yang digunakan di dalam makanan, industri farmaseutikal dan kosmetik).

Penggunaan L-cysteine dalam makanan dibenarkan di Malaysia. Menurut Jadual Ke-11 Peraturan Makanan 1985, penggunaan L-cysteine dibenarkan dalam gandum dan tepung protein tinggi bagi membuat roti.

Dalam pembuatan roti, L-cysteine digunakan untuk mengurangkan masa campuran doh tepung, menghentikan pengecutan kulit roti piza selepas ia diratakan, dan membantu pemindahan doh melalui pelbagai alat pemprosesan kilang roti atau pelembut doh.

Sungguhpun L-cysteine mungkin wujud, biasanya ia tidak disenaraikan sebagai ramuan. Ini memandangkan ia tidak dianggap sebagai bahan penambah makanan, tetapi sebagai membantu pemprosesan.

PANDANGAN ISLAM MENGENAI L- CYSTEINE

Menurut hukum Syariah, memakan sebarang bahagian tubuh manusia adalah haram bagi umat Islam. Daripada temu bual dengan Mufti Perak, Dato’ Seri Dr. Harussani bin Zakaria, difahamkan bahawa setiap bahagian tubuh manusia adalah suci dan perlu dihormati. Dengan itu, makanan yang mengandungi L-cysteine adalah meragukan memandangkan L-cysteine boleh diperolehi daripada rambut manusia.

Berdasarkan pandangan ini, pengguna Muslim perlu berhati-hati semasa memilih makanan di pasaran, terutama makanan yang mengandungi L-cysteine, seperti roti, pisa (dan juga perisa makanan lazat).

-Suntingan Azizi Hj Abdullah, Editor Utusan Pengguna (CAP)

Jual BABI Secara terbuka





Monday, February 11, 2008

Saji ‘ayam cucuk’

Saji ‘ayam cucuk’

Oleh Zainuddin Zain dan Rudy Syareme Seriffudin
am@hmetro.com.my

Jakim tarik sijil halal restoran ‘hotel korek’ guna arak dalam masakan

GEORGETOWN: Biadab! Itulah perkataan paling tepat menggambarkan tindakan restoran milik sebuah hotel apartmen di Jalan Bukit Dumbar di sini, yang memperoleh sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tetapi menggunakan ‘ayam cucuk’ yang disahkan tidak mengikut syarak.

Lebih memualkan apabila serbuan Jakim dan Kementerian Perdagangan Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di hotel berkenaan, Selasa lalu mendapati restoran terbabit turut menggunakan sejenis arak dari China dalam masakan.

Ini serbuan kedua dalam tempoh dua minggu ke atas hotel apartmen yang terkenal dengan jolokan ‘hotel korek’ itu apabila pada 26 Januari lalu, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) menahan lima pasangan kerana berkhalwat di premis itu.

Ketua Hab Halal Jakim Pulau Pinang, Yusuf Abu Bakar, berkata serbuan jam 7 malam itu dilakukan selepas Jakim Putrajaya mendapat maklumat mengenai makanan yang diragui status halal dijual di restoran berkenaan.
Menurutnya, empat pegawai Hab Halal Jakim, masing-masing dua dari negeri ini dan Putrajaya bersama tujuh pegawai penguat kuasa KPDNHEP negeri menyerbu restoran berkenaan dan merampas 12 ayam yang didapati tidak disembelih mengikut hukum syarak.


Mengikut Mazhab Syafie, tiga urat penting di leher ayam yang disembelih perlu putus, iaitu urat pernafasan serta urat makan dan minum.

“Bagaimanapun, kami mengesyaki ayam ini tidak disembelih sebaliknya ditebuk saja lehernya seperti ayam dan itik yang dijual pengusaha restoran bukan Islam.

“Kami juga dapati tukang masak restoran ini menggunakan sejenis arak yang mempunyai 16 peratus alkohol kononnya sebagai penambah perisa untuk melazatkan lagi makanan,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, katanya, pengusaha restoran itu tidak mahu bekerjasama termasuk memaklumkan mereka mendapatkan ayam terbabit ketika disiasat.

“Kami menarik balik serta-merta sijil halal yang diberikan kepada restoran ini manakala pendakwaan akan dijalankan KPDNHEP mengikut Akta Perihal Dagangan 1972,” katanya.

Yusuf berkata, siasatan awal mendapati pekerja Islam yang kebanyakannya warga asing di restoran berkenaan juga tidak tahu ayam dan bahan yang digunakan dalam masakan di tempat kerja mereka tidak halal.

“Yang dikesalkan ialah ramai pelanggan restoran ini orang Islam. Ini kerana ramai penghuni hotel apartmen ini orang kita (Islam) kerana ia bukan saja berkonsep hotel, tetapi juga sewa bulanan,” katanya.

Difahamkan, ramai pelajar Islam institusi pengajian tinggi (IPT) dan kolej swasta yang menyewa secara beramai-ramai di apartmen berkenaan sering menjadikan restoran itu tempat menjamu selera.

Tinjauan pada risalah restoran itu mendapati ia turut menawarkan perkhidmatan untuk sesiapa yang ingin mengadakan majlis perkahwinan, hari jadi, bufet atau majlis makan korporat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP negeri, M Gunaselan, berkata jika sabit kesalahan, pengusaha restoran itu boleh didenda RM100,000 atau tiga tahun penjara.

“Kesalahan restoran ini ialah di sebalik mempunyai sijil pengesahan halal, bahan masakan yang digunakan mereka tidak halal.

“Pada masa sama, KPDNHEP ingin memaklumkan yang kami sedang memantau banyak lagi restoran yang meletakkan logo halal sesuka hati tanpa mendapat pengesahan Jakim.

“Kami memandang serius dan tidak akan bertoleransi dengan perkara ini,” katanya.

Menurutnya, KPDNHEP dan Jakim turut menyerbu sebuah kilang minyak masak di Kampung Selamat, Bukit Mertajam jam 10 pagi Isnin lalu kerana meletakkan logo halal Jakim yang tamat tempoh.

“Siasatan mendapati syarikat berkenaan meletakkan logo halal pada produk mereka. Bagaimanapun, logo berkenaan sudah tamat tempoh pada 2003 lagi.

“Sehubungan itu, kami merampas minyak masak bernilai RM11,500. Pemilik syarikat ini juga berhadapan tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972,” katanya.