Sunday, July 6, 2008

MEMELUK AGAMA ISLAM DIBINTULU



Assalamualaikum

Baru baru ini PPPIS ,sempat bersama sama warga kampung Sg Penan diBintulu didalam program dakwah dikalangan orang Islam dan bukan Islam, syabas kepada pihak-pihak yang terlibat kerana telah berjaya mengIslam masyarakat bukan Islam samoga usaha kalian mendapat keberkatan dari Allah SWT dan sama sama lah kita melibatkan diri dalam agenda ummah kerana Allah, terutama tentang makanan halal dan haram diMalaysia

1 comment:

DrZackiey said...

ahlan wasahlan marhaban kpd sdr/i yg baru menganuti agama suci ini. harapan saya, sdr/i boleh membezakan antara Melayu dan Islam, kerana Melayu itu adalah bangsa manakala Islam itu adalah agama.

Dalam banyak hal, org Melayu telah memberikan contoh yg salah dg menunjukkan teladan yg buruk sehingga pada mereka yg bukan beragama Islam percaya bhw itu adalah sebahagian dari ajaran Islam.

Kerana Islam itu adalah mudah, suci, mulia dan mengamalkan konsep kesederhanaan. Ia mempunyai garis panduan yg mudah difahami dan diikuti.

Malah, konsep pemakaian hanyalah yg menutup aurat dan tidaklah pula perlu berlebih2an sehingga menunjukkan seolah2 dlm Islam hanya pakaian sahaja yg diperjuangkan.

Begitu juga perilaku, kesopanan, bahasa dan kasih sayang sesama manusia dan makhluk Allah.

Malah kecintaan hubungan keluarga, penghormatan ibu bapa dan seumpamanya adalah juga menjadi asas bg menunjukkan bhw Islam tidak pernah memutuskan tali silatulrahim antara sdr/i dg ibu bapa w/pun sudah memeluk agama Islam.

Wallahuaalam