Thursday, January 31, 2008

MURID KERACUNAN MAKAN DIKANTIN SEKOLAH

kamilah.mustapha@kosmo.com.my

MS6 Kosmo 31/01/08

PPIM Bahagian Syariah mengucapkan syabas dan terima kasih diatas keperihatianan semua pihak tentang keracunan makanan dikantin sekolah pada dewasa ini yang telah bermaharajalela diMalaysia.

Dalam bulan Januari sahaja kita dapati diTrengganu,Pahang ,Kedah dan yang terbaru diNegeri Sembilan telah mendapat keracunan makanan dikantin sekolah .

Didalam tinjauan dan siasatan kami PPIM baru-baru ini diSMK dan SRK diSelangor terdapat beberapa kelemahan diperingkat sekolah dan kantin mengendalikan kantin perlu dipantau dan dipertingkatkan demi keselamatan pelajar-pelajar.

PPIM memandang serius dalam hal ini dan mohon Kementerian Pendidikan/Majlis Guru-guru Besar supaya memantau dan mengembalikan keyakinan Ibu/bapa tentang keselamatan makanan dikantin sekolah.

PPIM sedia memberikan kerjasama dengan mana-mana pihak terutamanya tentang SOP dan bahan-bahan makanan yang halal lagi baik untuk disediakan kepada pelajar-pelajar sekolah dan pada tahu lalu PPIM telah bincangkan dengan pihak JAPIM .

Marilah kita renongkan diatas musibah yang telah menimpa pelajar-pelajar kita dari masa kemasa,sehingga sekarang tentang keracunan demi keracunan tetap berlaku dikantin sekolah,wahai ibubapa, kita juga perlu perihatin tentang makanan/minuman bagi anak-anak kita daripada terus menerima nasib yang sama.

Kementeria Pendidikan perlulah melakukan sesuatu demi masa depan pelajar-pelajar kita supaya mendapat bekalan makanan/minuman yang halal lagi baik janganlah siasatan demi siasatan daripada pihak Kementerian tapi bagaimana keracunan terus bermaharajalela melanda kantin sekolah diMalaysia.

Pengarah,
Hal Ehwal Islam dan Masyarakat,
Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Abdul Aziz Ismail 013-2454559

No comments: